Monday, 5 December 2011

perpisahan yang perit, u_u tapi..Ya Allah saya Redha ! :') )

Sebaik sahaja terjaga dari tidur~.."Ya Allah, tertidur pula lepas subuh" ..melihat jam, menunjukkan pukul 6.45 am ..bermonolog sambil berkhayal ke arah tanganku yang masih memegang tasbih,"hari nie kak Aisyah datang KK, xsabar maw jumpa...mungkin untuk kali terakhir,. emm" (masih menahan sebak)... ...


Pada awalnya saya merancang untuk mengajak kak Aisyah bermalam di rumah sebelum berlepas ke Sarawak esok pagi,..tapi  Allah xizin,..kak Aisyah  sudah berjanji dengan temannya untuk bermalam di Hotel . Saya jemput temannya sekali bermalam di rumah, tapi kerana segan dia tolak, mungkin sebab xbiasa dengan saya. (kenalpuntidak.hie) . .. 


Saya menawarkan diri untuk menghantar kak Aisyah dan temannya ke Air Port esok pagi, sekurang kurang nya saya dapat memberi khidmat terakhir untuk kak AIsyah. 


~~Entah kenapa, amat sukar bagi saya untuk menerima kenyataan bahawa Kak Aisyah, orang yang selalu berada di sisi saya,salah seorang teman saya bermuzakarah tentang hal dunia dan akhirat,akan pergi meninggalkan IPG, sekali gus meninggalkan saya dan teman2 lain..
 orang yang sama2 berjuang  untuk bawa Agama Allah, punya fikir yang sama(fikir atas agama) InsyaAllah~..
Atas nama Allah , Kak Aisyah selalu  memberi sokongan dan nasihat kepada saya ..yang membuatkan saya berasa lebih berkeyakinan,  . .bila saya rasa lemah', cukup sekadar saya melihat wajah kak Aisyah dan rakan2 lain dari jauh,.. saya akan rasa kuat,kerana saya tahu, mereka juga akan menyokong saya ,..atas perjuangan yang sama...  kadang2 bila saya di timpa ujian yang membuatkan saya sedih, saya berada di sisi  mereka,saya xcerita apa yang terpendam di hati... , hanya memberi senyuman yang terselit seribu kesedihan dan kerisauan... apa yang saya mahu hanya kekuatan dari wajah manis yang selalu mereka berikan,..."cukup sekadar saya tahu, ada orang bersama saya di belakang" atas izin Allah~


Ya Allah berat Ya Allah,..
perit Ya ALlah~
berilah rasa syukur dalam hati hamba Mu ini atas apa yang Engkau takdirkan
Saya pasti tercari2..kasih seorang kakak seperti dia nanti,.. 
kasih sayang atas agama, tidak dilafaz tapi sangat di rasa~

sungguh, pertemuan ini atas kasih sayang dan rahmat mu terhadap saya dan kak Aisyah,..
Engkau yang mendekatkan kami , dan Engkau juga yang menjauhkan..
Saya tidak punya apa2..begitu juga Kak Aisyah..
Ya ALlah,.. saya Redha.. 

Walau untuk sementara,.. saya sangat hargai,..terima Kasih Ya Allah..
berilah  kami kekuatan, untuk teruskan perjuangan..
 Di mana ..atau bagaimana pun keadaan,.. kami sentiasa memikul amanah yang sama... InsyaALlah~


keesokannya saya bergerak dalam jam 5.35am, dan tiba di Hotel Penginapan Kak Aisyah pada jam 5.55am..
kami bergerak ke Air Port, alhamdulillah semua nya berjalan lancar, sehinggalah tiba di Air Port, terdapat beberapa kekangan, tetapi telah Allah atur segalanya dengan baik nusrah Allah (pertolongan Allah) sentiasa ada untuk Kak Aisyah, tanda Allah sayang.. :)


Semasa di Air Port, saya banyak mengukir senyuman, 
begitulah saya, sentiasa mudah memberi senyuman,
"senyum xperlu kata apa2" . ..heh
tapi dalam senyuman,
kadang terselit doa,
kadang terselit risau,
kadang terselit kesedihan,
kadang menggambarkan kegembiraan..
Hanya Allah yang tahu...


Kak Aisyah pernah cakap,
 "Fizah nie suka sengih" . ..
"iya kah kak,saya xrasa mcm tu pun?? "
"iyalah.. orang sekiling yang perasan"
"ngeeeeee :D"


~~~~~BOARDING PASS~~~~~~


selepas salam peluk cium dengan Kak Aisyah dan temannya,mereka masuk dengan perlahan..
Kak Aisyah senyum saja,tapi nampak menyimpan/menahan rasa sedih...
sementara saya...... senyum nampak gigi :D....."dlmhati"(pergilah kak Aisyah, fizah xsedih sudah) . .. tengok saya senyum :D . . .. 
sebaik saja kelibat kak Aisyah hilang, air mata cepat memenuhi kelopak mata, saya cuba tahan, tapi xdapat, saya kesat sekejap, dan tabahkan diri untuk bergerak ke suatu sisi untuk melihat kak Aisyah lagi,.. sehingga tiada~
sambil menyorong troli, air mata bergelinangan di pipi... sampai di kereta, saya tarik nafas, cuba tahan sebak,.. xmahu sedih,... tapi air mata tetap makin deras,..  saya hidupkan kereta,..dan teruskan memandu,.. saya biarkan air mata jatuh,jatuh, dan jatuh..... 


Ya Allah, tabahkan hati ini.....:)
sampai di stesyen minyak saya berhenti, untuk mengisi minyak yang masih ada separuh, tapi kerana Kak Dek Tam (teman kak Aisyah) telah memberi wang(untuk minyak) yang saya xminta dan telah saya tolak..tapi sebab saya ingat pesan ayah " jangan meminta2 atas sesuatu pada orang, tapi kalau di beri jangan tolak, sebab itu tanda pemberian dari Allah". . ..saya kesat air mata, dan keluar dari kereta dengan mata yang merah.




~Saya teruskan perjalanan,..sambil beristighfar,.. minta maaf pada Allah  . .. 
Ya Allah saya redha.... terima kasih Ya Allah....
Saya senyum sedikit sambil memikir kan mama di rumah, " mama seorang di rumah, baik belikan dia roti canai, mesti dia suka, ..insyaAllah :)

Hafizah,...
Walau kamu berjauhan,... 
hati kamu tetap dekat,
roh kamu tetap bersatu,
atas perjuangan yang satu,
Teruskan perjuangan...
kalau ada jodoh jumpa lagi..
InsyaAllah ~ :)



No comments:

Post a Comment