Sudah menjadi kebiasaan pada setiap hujung minggu, saya, mama dan adik perempuan akan pergi ke majlis taklim mingguan untuk belajar2(menimba ilmu)...
Tapi kali ini . .. saya terpaksa pergi seorang.. kerana mama ada kuliah,..adik pula sedang belajar di madrasah..
Biasanya mama yang akan memandu kereta ke taklim mingguan di marhala(tempat) saya.. Oleh itu, saya tidak ingat jalan untuk ke rumah di mana taklim mingguan di marhala saya diadakan ...
Walau bagaimana pun, disebabkan rasa ingin menuntut ilmu yang membuak di dada berserta rasa rindu yang amat pada suasana iman dan amal bersama orang2 yang tinggi ilmu (alim) . . saya tetap pergi ke majlis taklim di marhala lain ..iaitu di Tanjung Aru..agak jauh juga lah juga..dalam 40minit perjalanan dari rumah saya ( Sepanggar) . ..
Doa naik kenderaan :
| سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ . وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. (Az-Zukhruf : 13-14) | |
sepanjang perjalanan saya ingat pesan mama " drive hati2 ya nak" . ..
Saya pun memandu lah dengan sangat berhemah (kunun)..60 malar~ (=,=)" ...
padahal kalau diikut kan sangat hati mahu saja saya drive 80/90 ke atas.. hieee (mimangtabiatsukalaju2kalaudriveseorang) (^^,)v ..jiwa remajalah katakan~(banyaklahsangatkaupunyaremajamacamadadijualnyawadikedai).. nyeee
apa2 pun, pesanan ikhlas dari saya,.. (jangan tiru tabiat buruk saya)..memandulah secara berhemah.. ehehe;p
Alhamdulillah, atas izin Allah saya sampai dengan selamat...
kebetulan(Dengan izin Allah) . . .madrasah tempat adik perempuan saya juga berada di Tanjung Aru,.. saya ambil kesempatan untuk ziarah dia.. semasa di madrasah..(MasyaAllah saya xdapat cakap bagaimana nikmatnya dengan suasana tarbiyah di sana ) :)
pada awalnya saya rancang balik selepas asar... sebab orang kata "alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan" hie ... saya agak rapat juga dengan 'warga' madrasah di situ, terutama ustazah2.. tapi.. hanya seorang ustazah yang membenarkan saya memanggil dengan gelaran ustazah...iaitu ustazah ibu :) .. tuan punya madrasah..ustazah yang lain menggalakkan saya memanggil mereka 'kakak'. .hie
Ustazah ibu minta saya bawa dia dan ustazah2 lain untuk pergi ke Hospital Likas, untuk ziarah kawan ustazah ibu, ..selepas SMS mama untuk memberitahu hasrat ustazah ibu,dan mama izinkan,..kami pun bertolak lah~
saya bermonolog " em, sekarang da lepas asar, confirm jem jalan raya, hujan lebat pula,mungkin dlm sejam juga lah baru sampai ke hospital, dan ..sepertinya...ada risiko saya akan balik malam..emm xpaa... ikram pija,.. tinggi pahalanya nie..subhanallah,..n._n
ke hospital dan beberapa tempat tambahan(jarang2 keluar merayau jugalah dengan mereka ke tempat lain) hiee tapi niat sebenar bukan untuk enjoy,..ikram InsyaAllah.. setelah selesai hantar mereka kembali ke madrasah, saya pun balik~
jam menunjukkan dekat jam8PM . . huu hujan masih lebat,.. ustazah2 galakkan saya bermalam sahaja di madrasah, tapi saya xsampai hati tinggalkan mama seorang di rumah...
Bismillahi tawakal tu Alallah~
~~~dalam perjalanan balik, jalan raya 'black out' .. xda elektrik... so..cuba bayangkan bandaraya KK yang sangat banyak trafik light tapi xboleh berfungsi ..?? ..huu mimang betul2 tawakal sepenuhnya pada ALlah bila lalu trafik light.. xdapat saya ungkapkan betapa bahayanya jalanraya tanpa trafik light... nasib2 orang sabah nie tinggi toleransi..hie msyaAllah :). .
~~~~ sepanjang perjalanan, saya dengar lagu maher zain..ngee sambil fikir atas iman, fikir atas ummat, ...
sekali sekala teringat Ayah,..Abang, adik2,..mama... dan orang2 tertentu.. sampai satu jalanraya yang lengang dan agak gelap , makin nampak keindahan langit yang sangat menenangkan.. ...sekali sekala tengok bulan ingat pada seorang hamba Allah,.. lalu sekalung doa saya berikan...hie semoga Allah tentukan segalanya
yang terbaik untukmu..~~ (fikir/monolog itu berhenti sketika)~~Suara kecil saya menucap "Lailahaillallah"....
(kembali bermonolog)Ya Allah, saya tidak minta untuk Engkau cabut nyawa sekarang, . . tapi andainya sudah tertulis di Luh Mahfuz sekarang lah saat nya... (saya redha)..begitu juga dengan Ayah dan adik2 saya yang keluar khuruj fisabilillah.. InsyaALlah.. :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~ Alhamdulillah~
sampai rumah mama sambut dengan senyuman, mama tunggu pija makan sama2 :). ..
sebelum tidur ~~
Ya Allah,... segala puji hanya untukMu...
Aku redha Engkau tuhanku, Islam Agamaku, dan Nabi Muhammad pesuruh Mu... :)
Selamat malam :)