Saturday, 9 November 2013

Kisah CInta mereka


Suami sibuk dengan kerjanya.. Sedang wanita ini walaupun sudah menjadi isteri, dirinya sangat perlukan perhatian. Sehinggalah Allah uji menagih perhatian itu dengan kesetiaan.


ISTERI : Abangg, hari ni saya masak sedap, lauk asam pedas kegemaran abang!


SUAMI : Abang dah makan.


ISTERI : Abangg, bawa saya pergi klinik yea esok, rasa nak demam..


SUAMI : Sikit je tu, makan je panadol. Kalau nak pergi, naik teksi. Abang kerja esok.


Hari semakin hari, banyak ditelan dengan sabar, dengan cinta menjalankan tanggungjawab setiap hari. Kemudian Allah uji... Tentang setia!


Hadir seorang lelaki yang ambil berat, selalu chat di FB, wassup, wechat, dan mula berkongsi masalah.. Hingga hadir perasaan.


"Sedangkan ada yang lebih menghargai aku..."


***** cerita atas adalah contoh suami yg kurang ambil hati isteri, jangan emo kata isteri curang. Point sebenar adalah di bawah ini :


BOLEH BERLAKU pada isteri, pada suami, dah kahwin, masa tunang dan masa hati mencintai seseorang untuk dijadikan pasangan hidup, namun pastinya ALLAH akan uji dengan kesetiaan begini.


Tetapkanlah wahai hati, cintamu adalah tanggungjawab. Yakinlah, jika kita berjaya lawan ujian ini, mengadu pada Allah jika hati rasa sakit, Allah akan bantu kita.


WAHAI ORANG YANG DICINTAI!
Pasanganmu boleh sahaja pergi kepada ramai lagi yang inginkannya, tetapi dia masih mencintaimu. Janganlah kamu sakitkan hati dia, dirinya hanya ingin perhatian dan cintanya dibalas sepatutnya! dan itu adalah amanah untukmu membahagiakan orang yang mencintaimu.



P/S : cerita ini seratus peratus copy paste dari page "cinta selepas Nikah"

tanya kau
setelah selesai baca,
kau setuju tidak mesej yang disampaikan dalam cerita tu?
terpulang dengan pendapat masing2 lah kan..

tapi..
kalau aku,
mimang setuju 99% lah..

part yang aku paling setujuh part paling last tuh..

"Pasanganmu boleh sahaja pergi kepada ramai lagi yang inginkannya, tetapi dia masih mencintaimu. Janganlah kamu sakitkan hati dia, dirinya hanya ingin perhatian dan cintanya dibalas sepatutnya! dan itu adalah amanah untukmu membahagiakan orang yang mencintaimu."

dalam 99% setuju, yang 1% lagi bukan cakap xsetuju,
tapi  bagi aku, dalam part nih,

BOLEH BERLAKU pada isteri, pada suami, dah kahwin, masa tunang dan masa hati mencintai seseorang untuk dijadikan pasangan hidup, namun pastinya ALLAH akan uji dengan kesetiaan begini.
Tetapkanlah wahai hati, cintamu adalah tanggungjawab. Yakinlah, jika kita berjaya lawan ujian ini, mengadu pada Allah jika hati rasa sakit, Allah akan bantu kita.
mimang pasti akan berlaku pada siapa2 pun dalam situasi tuh..
tapi.. .. bagi aku,... kalau mimang nama SUAMI, iya mimang wajarlah ko kena tabah dan doa lagi dan lagi supaya ALlah tetapkan hati kan.... kalo x derhaka lah jawabnya.. 

tapi kalau masa tunang dan masa hati mencintai seseorang untuk dijadikan pasangan hidup  , aku rasa kalau da terang2 kau xdihargai,... buat apa ko mau tagih penghargaan dengan org yang memang xmau bagi ... buat jatuh air muka cantik kau sahaja~ orang lain kau xminta pun boleh hargai kau.. kan ? hoho
mungkin kau cakap dulu dia xmacam tu ... sebab tu kau setia.. 
tapi memang sedia maklum manusia tu boleh berubah..
lelaki berubah...
perempuan pun boleh berubah...
kan ?
:3

Dulu, masa sekolah menengah, sehingga sekarang,
aku banyak belajar dari kawan2 sekeliling yang bercinta,
sebab bila ada masalah jak jumpa aku,
cakap aku bijak kaunseling xjuga,
tapi rasa aku diorang yang banyak ajar dari pengalaman diorang, 
sebab tu lah dulu aku susah sangat mau terima lelaki,, (bajet ramai peminat ) Xp silamenyampah~

apa2 pun,.. semoga Allah mudahkan segala urusan kita..
dalam ujian yang Allah beri,
 semoga kau dapat doakan aku,
 dan semoga Allah tolong kau selalu,


amin :3








2 comments: